BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 12 Ogos 2011

Dajal?BeCAREfuL


Apakah konspirasi terbesar yang berlaku sejak dari dulu lagi hingga sekarang? Mungkin anda ada persepsi tersendiri, tetapi di sini saya ingin menyatakan bahawa konspirasi terbesar adalah pakatan iblis dan para syaitan dari golongan jin untuk menjadikan manusia tidak merasakan kehadiran mereka. Dengan kata lain, membuatkan manusia tidak yakin dan percaya dengan kewujudan syaitan. Syaitan terbahagi kepada dua iaitu syaitan dari golongan manusia dan syaitan dari golongan jin. Dalam topik kali ini saya akan bercakap tentang syaitan dari golongan jin yang tidak kelihatan dan syaitan dari golongan manusia yang dapat dilihat jelas oleh kita.

Apa tujuan mereka berbuat demikian?

Tujuan utamanya agar manusia tidak merasakan bahawa kejahatan itu berasal dari mereka dan akhirnya akan menyebabkan kita tidak percaya kewujudan syaitan. Jika kita tidak percaya kewujudan iblis dan syaitan, bermakna iman kita telah rosak kerana tidak mempercayai perkara ghaib. Dan dengan kita tidak mempercayai kewujudan iblis dan syaitan, menjadikan kita juga tidak yakin dengan AlQuran dan Alhadith, kerana AlQuran dan AlHadith banyak sekali menyebut tentang iblis dan syaitan-syaitan.

Maka konspirasi ini telah berjaya sebenarnya, kerana kita lihat di zaman moden ini ramai yang ragu-ragu dengan perkara ghaib. Ramai yang semakin tidak mahu mempercayai kewujudan alam ghaib, kononnya semua ini adalah lapuk dan kuno. Sedangkan perkara ghaib itu adalah suatu yang nyata dan lebih maju dari pemikiran orang-orang yang mengatakannya kuno dan lapuk.

Iblis dan syaitan boleh sahaja bila-bila masa pun menjelma di depan kita dan menampakkan tubuh mereka. Tetapi mereka sengaja mengekalkan keghaiban diri mereka kerana dengan itu akan membuatkan manusia menjadi was-was, sehinggakan ada yang ragu-ragu. Dan adakalanya iblis dan syaitan menampakkan rupa mereka kepada sesetengah manusia, agar itu nanti akan menjadi percanggahan antara manusia. Manusia akan berselisih pendapat, ada yang percaya dan ada yang tidak percaya. Semua itu adalah suatu konspirasi untuk mengelirukan dan menyesatkan anak-anak Adam.

Ramai dari manusia yang hanya statik pemikirannya dengan merasakan benda-benda yang nampak ini sahaja sebenarnya yang wujud. Sedangkan benda-benda yang nampak di depan mata kita ini hanya lah suatu yang boleh dilihat oleh bebola mata kita ini sahaja. Bebola mata kita yang amat lemah dan rapuh ini bukan boleh melihat segalanya di alam maya yang sungguh unik ciptaan Yang Maha Esa ini. Ada lagi dimensi2 lain yang masih tidak mampu dilihat oleh deria penglihatan kita dan alam lain itu lebih maju dari kita di sini. Sesungguhnya kita berada di alam yang sama dengan jin dan makhluk ghaib lain, cuma dimensi sahaja yang berlainan.

Berlainan sekali dengan kita tidak dapat melihat ALLAH kerana ALLAh mahu menguji kita di dunia ini. “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” Surah AL Mulk : Ayat 2. Maka kehendak ALLAH tidak boleh dipersoalkan oleh kita yang hanya sebagai hamba. Kita hanya mesti patuh pada kehendaknya dan berusaha untuk melakukan kebaikan sebaik mungkin.

Tetapi iblis dan kuncu-kuncunya ingin menyesatkan manusia dengan berselindung dan bertindak secara halus dan teliti. Mereka mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing terutamanya bidang menghasut. Mereka dapat berjalan di dalam salur darah kita seperti arus elektrik mengalir dalam wayar tembaga. Sememangnya jasad mereka sekarang ini pun terdiri dari unsur2 elektrik, kerana mereka diciptakan dari lidah api. Dan cita-cita mereka tidak lain iaitu untuk menyesatkan manusia dengan apa cara sekali pun. Dan mereka juga sudah berjaya menghasut manusia untuk menjadi syaitan dari kalangan manusia bagi membantu tugas-tugas mereka. Dan syaitan-syaitan itu lah yang menghasut manusia lain agar manusia beransur-ansur menjadi pemuja selain dari ALLAH atau dengan kata lain pemuja Iblis.

Konspirasi Illuminati untuk memuja Iblis

Illuminati adalah suatu pertubuhan rahsia yang terdiri dari beberapa pertubuhan besar seperti Freemasons, Skull and Bones, Bohemian Grove , dan beberapa lagi. Seperti Skull and Bones, hanya orang-orang terpilih untuk menyertai mereka dan biasanya adalah golongan-golongan elite yang akan menjadi golongan pemimpin suatu masa nanti. Skull and Bones berpusat di Universiti Yale , Amerika Syarikat dan di situlah dulu tempat keturunan Presiden Bush sekarang menuntut. Dia , ayahnya hinggakan kepada datuknya adalah bekas pelajar di situ dan kesemua mereka menjadi ahli Skull and Bones.

Pertubuhan-pertubuhan ini menjadikan kemewahan, kemashyuran, kekuasaan dan sebagainya kepada ahli-ahlinya. Dan oleh sebab itu lah ramai dari mereka yang mewah, mahsyur dan memegang kuasa dunia sekarang terutamanya dalam kerajaan Amerika Syarikat. Konsepnya sama apabila seseorang itu membela jin, maka jin itu akan memberi kemewahan, kemahsyuran dan kuasa padanya dan akhirnya dia terus sesat dengan jin tersebut. Dan jangan terkejut, itu lah konsep yang berlaku kepada kuasa-kuasa besar dunia dari dulu hingga sekarang, pengaruh iblis dan syaitan dari golongan jin amat banyak terhadap mereka. Dan ramai juga ahli-ahli ilmuwan yang memiliki kelulusan tinggi termasuk PhD yang menjadi ahli mereka dan menjalankan aktiviti pemujaan syaitan.

Gerakan mereka betul2 secara halus dan teliti, dan kadang2 diselitkan dalam cerita2 kartun untuk kanak2. Saya mahu berikan contoh satu cerita kartun di televisyen yang sudah lama dulu pernah disiarkan tetapi kini disiarkan kembali. Kartun tu ialah ‘He Man, Masters of The universe‘. Saya tidak pasti sama ada itu pengaruh dari illuminati atau tidak, cuma saya mahu kita berhati2 dengan cerita kartun sebegitu yang boleh mempengaruhi minda anak2. Jika anda perhatikan, He Man sememangnya melawan penjahat berwajah tengkorak yang digelar Skeletor. Nampak bagus kan? Tetapi sedarkah kita ketika dia mahu mendapatkan kuasanya itu? He man menyeru “By the power of Greyskull, I AM HE MAN!!!!!! “. Aaa itu lah dialog oleh si He Man tu. Yang jika anda terjemahkan ke bahasa Melayu bermakna , “Dengan kuasa Tengkorak Kelabu, AKU LAH HE MAN!!!”

Nampak di situ He Man menyeru kuasa dari Tengkorak Kelabu, ntah JIN mana lah yang diserunya tu, ih ih ih. Dan begitulah dengan cerita kartun2 lain, waspadalah dan beritahulah anak2 atau adik2 kita tentang bahaya pengaruh di sebaliknya. Kerana konspirasi terbesar dunia menumpukan sasarannya kepada semua golongan termasuklah kanak2 yang masih mudah dilenturkan dan dididik.

Tentera Dajal

Masih lagi dalam tajuk berkenaan Dajjal, dan kali ini saya akan cuba membongkarkan kumpulan-kumpulan yang membuat kerja untuk Dajjal pula. Dan saya akan sertakan pelbagai bukti agar kita boleh fikirkan bersama-sama. Tetapi Yang Maha Mengetahui segalanya hanyalah Allah S.w.t. Kita sebagai hambanya hanya mampu untuk berusaha dan berfikir tentang segala apa yang diciptakanNya.

Mengapa saya berani mengatakan kumpulan yang akan saya sebutkan di sini sebagai pasukan Dajjal? Kerana ada bukti-bukti kukuh termasuk dari hadith yang akan menampakkan kepada kita bahawa kita sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh Dajjal, dan pasukannya itu sudah terlalu lama muncul tanpa disedari ramai. Mereka bergerak secara rahsia dan semakin beransur-ansur untuk bergerak secara terang-terang pula. Sebelum itu, mari kita perhatikan kepada simbol-simbol ini.

Ini hanyalah beberapa dari banyak lagi simbol yang boleh didapati di mana-mana di dunia sekarang ini. Biasanya di bangunan-bangunan besar, pejabat-pejabat, tempat-tempat rahsia dan tidak ketinggalan boleh diperhatikan dalam banyak filem kebelakangan ini yang menceritakan perihal Freemasons seperti filem Da Vinci Code, National Treasure 1 & 2, From Hell dan beberapa lagi. Dan simbol-simbol ini adalah simbol kepada kumpulan yang diberi nama The Freemasons. Dan Freemasons ini lah yang merupakan salah satu kumpulan yang bergerak dalam satu nama besar yang dipanggil Illuminati. Ini tak termasuk lagi simbol-simbol Illuminati yang lain yang banyak juga keluar dalam filem-filem Hollywood seperti filem-filem yang saya sebutkan tadi, Indiana Jones, Stargate, Independence Day, The Omen, American Gangster, The Ant Bully, Conspiracy Theory, Into the Wild, The Majestic, Miami Vice dan macam-macam lagi.

Perhatikan simbol-simbol tersebut, semuanya mempunyai asas yang sama iaitu mempunyai satu jangkalukis (compasses) di bahagian atas , sesiku (square) di bahagian bawah dan huruf ‘G’ di tengah-tengah. Semuanya itu mempunyai maksud yang tersendiri dan di kalangan ahli-ahli Masons sendiri pun ada bermacam-macam maksud dan biasanya ia tidak didedahkan di kalangan ahli. Cuma saya akan cuba ketengahkan pendapat yang kuat tentang simbol tersebut mengkikut kajian saya.

Di kebanyakan negara, huruf ‘G‘ di tengah tadi itu membawa makna ‘God‘ atau ‘Tuhan‘. Dan pendapat satu lagi yang kuat adalah ‘Geometry’. Inilah yang menjadi asas kepada kerja-kerja KREATIF yang dilakukan oleh kumpulan Freemasons dari awal dulu lagi. Maka apabila dihubungkan Geometri dengan God, maka kebiasaanya para arkitek dan pereka bentuk akan menggunakan alat-alat Geometri kan. Maka maksud di situ adalah tuhan itu mereka cipta dunia ini dan itulah secara analoginya digambarkan dengan Geometri tersebut.

Tentang jangkalukis dan sesiku itu pula, ia merupakan antara alat utama yang digunakan oleh Freemasons dalam kerja-kerja mereka sejak dulu. Jangkalukis biasanya digunakan untuk melakarkan bentuk bulat dan bahagian-bahagiannya dengan mudah. Manakala sesiku pula untuk menyemak ketepatan sudut 90° yang mana amat penting dalam pembinaan bangunan. Dari sudut lain, simbol itu juga melambangkan jantina iaitu jangkalukis yang atas itu lelaki dan sesiku bawah itu wanita. Dan akhirnya lahirlah ‘G’ di tengah-tengah itu. Begitulah menurut beberapa pendapat berkenaan simbol Freemasons.

Sepintas lalu berkenaan Freemasons

Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul sejak antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat. Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya saya katakan di sini adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka antaranya seperti di bawah;






















Simbol tuhan bermata satu itulah yang terdapat pada duit USD1 Dollar Amerika Syarikat yang mana pengaruh Illuminati telah menyelinap masuk ke kerajaan Amerika Syarikat sejak dulu lagi. Presiden-presiden Amerika Syarikat sejak George Washington lagi terlibat dengan kumpulan Freemasons ini, hinggalah kepada presiden sekarang iaitu George W. Bush yang juga merupakan ahli tetap kepada Skull and Bones, juga kabilah dari Illuminati itu.

Cuma saya rasa, Presiden John F. Kennedy sahaja yang tidak terlibat dengan mereka atau pun telah sedar diri dan menarik diri dari kumpulan mereka. Kerana beliau pernah menyampaikan ucapan memberi amaran tentang kemunculan kumpulan-kumpulan rahsia ini yang cuba untuk menguasai dunia. Dan tidak lama selepas itu, Presiden JFK ini telah mati ditembak di kepala di hadapan khalayak ramai ketika dia berada dalam kereta bersama isterinya dalam satu perarakan.

Walaupun jumlah ahli Freemasons tidak mencapai billion orang tetapi pengaruh mereka sangat kuat kerana mereka lah yang memegang kuasa ekonomi dan politik dunia sekarang. Dan merekalah yang ingin mengatur sistem kehidupan pada semua orang tanpa kita sedari.

Antara kegiatan-kegiatan mereka

Menurut buku Dajal dan Simbol Setan – Drs H. Toto Tasmara, mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh diistilahkan dengan ‘gerakan 7 F’, iaitu menghancurkan kekuatan finansial (Financial) umat Islam, merosakkan pola makan (food), menciptakan adu domba atau perpecahan di kalangan umat beragama mahupun di dalam tubuh umat Islam (friction), menyebarkan cara berfikir bebas (freethinking), menebarkan ideologi yang membebaskan manusia dari tata cara pemikiran beragama (freedom of religion), menguasai filem, TV, dan media massa (film), menumbuhkan dan menggoda masyarakat agar berbudaya dan bersikap mengikuti millah (cara) mereka (fashion/life style), membuat beberapa aliran mistik untuk menghancurkan agama (faith, sect, occultism, dll.), menumbuhkan rasa kecewa (frustrasion), dan lain-lain.

Simbol-simbol lain yang berkaitan dengan Illuminati

Ini gambar lukisan Baphomet, Tuhan yang dipuja oleh Knights Templar dulu

Antara simbol-simbol kepada pemujaan ini yang mana sama dengan simbol-simbol yang dipuja oleh kumpulan Black Metal dan pemujaan syaitan lain antaranya

Dan kebiasaannya simbol-simbol Illuminati mesti ada kaitan dengan Segitiga, bintang syaitan , matahari, burung hantu dan sebagainya. Terlalu banyak identiti mereka yang boleh mengaburkan mata pihak lain , cuma yang paling ketara adalah simbol segitiga dan bintang.

Church of Satan

Church of Satan telah ditubuhkan di San Fransisco , California pada 30 April 1966 oleh Anton Szandor LaVey yang mana dia adalah seorang paderi besar gereja pada ketika itu. Dari tahun 1950an lagi, Anton LaVey telah menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Order of the Trapezoid yang kemudiannya berkembang menjadi badan pengurusan yang dikenali sebagai Church of Satan ataupun Gereja Syaitan.

Pada sekitar tahun 1980an dan 1990an, Church of Satan dan ahli-ahlinya sangat aktif mengeluarkan filem, muzik, dan majalah yang ditujukan kepada pemujaan syaitan. Dan secara ringkasnya di sini, munculnya Church of Satan ni adalah untuk belot atau melawan agama Kristian yang telah sedia ada, kerana itu juga mereka termasuk dalam anti-christ.

Bohemian Club

Bohemian Club adalah sebuah kelab rahsia yang ternama di San Fransisco, California, USA. Kelab ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dari artis, ahli perniagaan hinggalah kepada barisan pemimpin tempatan dan global di sana. Dan ramai artis serta pencinta-pencinta seni yang menjadi ahli aktif kelab tersebut. Dan pada setiap tahun, kelab ini akan mengadakan perkhemahan 3 minggu dan akan mengadakan upacara memuja pada sebuah tempat yang berdirinya patung burung hantu yang besar.

Skull and Bones

Hanya golongan tertentu dipilih untuk menyertai Skull And Bones dan biasanya dipilih dari keluarga berpengaruh dan cerdik pandai. Pusat Skull and Bones di Universiti Yale, Connecticut , Amerika Syarikat dan di sinilah pelapis Skull and Bones mula dipilih. Dan secara ringkasnya mereka adalah kumpulan elite yang mengetuai gerakan illuminati itu. Dan anggota-anggotanya terdiri dari pemimpin-pemimpin besar dunia termasuklah presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush.

Bendera Israel

Bendera Israel juga mengandungi simbol mereka iaitu dua segitiga yang satunya terbalik, apabila digabungkan menjadi bentuk bintang. Ianya di panggil ‘Star of David’ dan merupakan lambang kepada orang-orang Yahudi. Dua segitiga itu juga mempunyai beberapa maksud, dan yang biasa diketahui ialah segitiga normal itu melambangkan wanita dan segitiga terbalik itu melambangkan lelaki.

Tetapi menurut sumber-sumber Yahudi, ‘Star of David’ itu melambangkan nombor 7, iaitu hujungnya ada 6 dicampurkan dengan pusat tengah jadi 7. Maksud pendapat dari Yahudi itu ditujukan kepada bilangan hari Tuhan ciptakan alam ini iaitu 6 hari dan dicampur sehari hari berehat , menjadikannya 7 hari. Juga dinisbahkan kepada 6 hari bekerja dan 1 hari Sabat, 7 malaikat utama dan sebagainya.

Dan jika anda perhatikan betul-betul, rupa-rupanya simbol Freemasons juga ada kaitannya dengan Star of David ini, perhatikan simbol di bawah baik-baik yang saya telah lakarkan kaitan dengan Star of David.

Adik beradik kepada ‘Star of David’ itu pula ialah Pentagram yang kebiasaannya adalah simbol yang digunakan oleh kebanyakan puak-puak pemuja syaitan termasuklah dalam simbol Baphomet di atas. Pentagram adalah seperti simbol di bawah ini;

Pentagram kuno – bintang terbalik

Pentagram moden – bintang tak terbalik

Dan simbol pentagram ini bukan sahaja boleh didapati dari tempat-tempat pemujaan dan seumpamanya, tetapi juga boleh diperhatikan pada The Pentagon, iaitu ibu pejabat bagi Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat, seperti gambar di bawah.

Simbol bintang pentagram itu pula sebenarnya adalah gabungan 3 buah segitiga. Mari kita lihat pecahan-pecahan segitiga itu seperti di bawah;

Menjadi

Dan simbol bintang David pula terdiri dari gabungan 2 segitiga

Menjadi

Dan banyak lagi sebenarnya simbol-simbol Illuminati yang tidak muat untuk dibicarakan di sini dan sesuai dibicarakan dalam topik yang lain insyaAllah.

Apa kaitannya dengan Dajjal?

Maka setelah kita mengetahui bahawa gerakan merekalah yang cuba menguasai dunia dengan ingin merealisasikan impian ‘New World Order’ atau ‘Tata Dunia Baru’ dan Tuhan yang akan diangkat oleh mereka untuk memerintah dunia adalah ‘The All Seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’ yang membawa makna Tuhan mereka itu bermata satu. Maka ini sesuailah dengan amaran-amaran yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.a.w seperti dalam hadith-hadith di bawah;

Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang bermaksud: “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472).

“Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)” (Sahih Jami’ shogir 3495/ Al-Bany) Hadith Riwayat Bukhari.

Dan banyak lagi hadith lain yang menyebut bahawa Rasulullah S.a.w telah memberi amaran kepada kita tentang bakal kemunculan Dajjal yang bermata satu. Sejak dari Nabi Nuh lagi, semua para nabi memberi amaran tentang kedatangan Dajjal, tetapi hanya Nabi Muhammad S.a.w yang mula mengatakan bahawa Dajjal itu bermata satu. Dan mari kita bandingkannya dengan kemunculan Freemasons dan sekutu-sekutunya.

Freemasons mula muncul pada antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17, bermakna lama selepas diutuskan Nabi Muhammad S.a.w. Sebelum Nabi Muhammad diutuskan , mereka dikenali dengan pelbagai watak yang antaranya Masons (tukang batu) dan sebagainya. Cuma dulu tiada lagi simbol yang digunakan oleh mereka sekarang dan tiada lagi simbol mata satu. Maka benarlah ramalan Nabi Muhammad S.a.w berkenaan akan munculnya Dajjal bermata satu yang akan memerintah dunia, kerana matlamat Freemasons dan sekutu-sekutunya sekarang adalah untuk memerintah dunia dan mereka mengagungkan simbol ‘Mata Satu’ mereka itu. Dan mereka juga adalah anti-kristian dimana orang-orang Kristian juga meramalkan kemunculan mereka berdasarkan dari kitab Bible dan menjadi musuh kepada kristianiti.

Maka sudah jelas di situ, tidak lain dan tidak bukan, pasukan Dajjal tersebut adalah The Freemasons dan sekutu-sekutunya yang berlindung di sebalik nama Illuminati. Maka tidak perlu lagi kita menanti kemunculan Dajjal kerana sebenarnya dia telah muncul dan pengaruhnya menular ke serata pelusuk dunia sekarang ini dengan bermacam cara. Yang penting sekarang kita perlu sentiasa amalkan membaca ayat-ayat dan doa untuk berlindung dari fitnah Dajjal laknatullahu alaih.

Mereka menunjukkan syurga dunia kepada kita sekarang iaitu kemewahan, alat-alat canggih, hiburan-hiburan dan seumpamanya. Manakala mereka yang tidak mahukan semua itu diibaratkan berada dalam neraka sekarang kerana bagi mereka kehidupan tanpa perkara-perkara tadi adalah memboringkan, tidak seronok, tidak memuaskan dan sebagainya.

Tentang syurga dan neraka yang dibawa oleh Dajjal, anda boleh membacanya dalam kandungan khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal. Dan antara isi nya bermakud, “Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.”

Ayat dan doa berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal

1- Sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi dan sepuluh ayat terakhir.

‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)

“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)

2 – Baca doa elak fitnah dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi begini,

اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال

‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’ , yang maksudnya ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”

Dan beberapa doa lain lagi yang lebih kurang dengan doa di atas ini seperti mana yang tercatit pada hadith-hadith Nabi Muhammad S.a.w. Semoga Allah memelihara kita dan menjauhkan kita dari fitnah Dajjal, aamiiin. Wallahu a’lam :)





Selasa, 9 Ogos 2011

The Arrivals Part 25 (Dajjal Sudah Tiba 1) - Malay Sub

yg nie sorry sebab x dapat nak amik yang bahase melayu




tapi faham faham la.




Benarkah Dajjal Sudah Tiba?










Assalamualaikum....
Sebagai umat islam yang berpegang kepada Al quran dan hadis sebagai panduan hidup,kita semua yakin pada kandunganNya ttg hari kiamat,dajjal,imam mahdi,nabi Isa ,syurga dan neraka.....Dalam al Quran sering menyebut ttg kewujudan dajjal yang akan menyesatkan umat islam dan kedatangan imam mahdi serta nabi Isa akan menyelamatkan dunia dengan peperangan terakhir sebelum kiamat...ada yang mengatakan bahawa dajjal sudah lama muncul namun tidak disedari atau ada yang menyedarinya namun masih samar ttg kewujudannya.....
Adakah dajjal itu Israel (zionis) ??byk persoalan dan pendapat wujud dari minda dan pemikiran setiap orang dan pastinya pendapat itu berbeza atau sama....dalam al Quran ada mengatakan bahawa dajjal akan muncul dan menyesatkan@memesongkan akidah manusia dari mempercayai tuhan dan mereka semua akan menjadi hamba dajjal....benarkah israel itu dajjal??mungkin kita sedar atau tidak bahawa selama ini kita dikuasai oleh yahudi??mungkin apa yang saya baca ini berkait dengan tajuk atau mungkin kebetulan....yahudi menguasai kita melalui pelbagai cara tanpa kita sedar....
1.  Penguasaan minda – Kita diajar dengan kehidupan yang moden sehingga kita lupa siapa tuhan kita..kita disajikan dengan pelbagai hiburan,cara hidup barat,pemakaian,percakapan dan persatuan2....di dalam telivisyen banyak memaparkan konsep hiburan berunsur maksiat seperti nyanyian,lakonan,dan program2 reality yang menjadi ikutan golongan kanak2 hingga ke golongan tua...kita ambik contoh di Malaysia,program Malaysia Idol,AF,Mentor, dan program2 nyanyian lain banyak ditiru daripada hiburan barat...Malaysia Idol diambil dari prgram Amerika Idol,Britian Idol,Australia Idol DLL...sedarkah kita bahawa program ini melalaikan kita??minda kita dikuasai tanpa kita sedari,kita sudah luap siapa itu ulama ta yg kita kenal adalah artis2 Hollywood..kita puja mereka dgn menjadikan mereka sebagai idola kita...sebagai sebuah negara islam,mahukan kita menjadikan artis sebagai idola??tp itulah yang terjadi sekarang...cerita2 yang diceduk dari barat pula banyak memaparkan aksi2 yang tidak sesuai dengan kita sebagai seorang muslim...adegan berahi,berani,ganas,seksual..itulah yang di ajar oleh mereka kepada kita....sedarkah kita atau kita pura2 tidak sedar??
2.  Penguasaan makanan – Banyak makanan yang disediakan di negara kita pada hari ini adalah berasal dari barat...kita ambik contoh restoran makanan segera yang sgt popular di Malaysia iaitu Mc’donalds...M’d merupakan salah satu restoran milik yahudia yang bertapak di seluruh dunia dan merupakan dalah satu ounca kewangan untuk golongan yahudi ini..hasil duit dari jualan inilah yang digunakan untuk memusnahkan Palestin dan negara2 islam yang lain...antara restoran lain adalah Starbuck yang sgt popular di bandar2 besar seperti KL,JB DLL...kita sebagai pengguna merupakan pelabur terbesar kepada golongan yahudi ini..sedarkah kita atau kita pura2 tidak sedar??
3.  Penguasaan Barang Harian lain – Antara barangan lain yang terlibat dengan yahudi ini adalah seperti rokok,pakaian,minyak petrol (shell) dLL.....sedarkah kita setiap hari kita mneggunakan barangan ini??perokok bolhe dikatakan penyumbang terbesar kepada pendapatan golongan yahudi...majoriti masyarakat di Malaysia merokok tanpa mengira kaum,jantina dan usia...dari pakaian pula,apa yg kita tahu NIKE merupakan jenama milik yahudi..NIKE stg popular di Malaysia dan dunia dan ramai yang menggunakan jenama ini..ada byk lagi jenama lain yg popular tapi sy tidak dpt mengenal pasti...insyaAllah sy akan maklumkan suatu hari nnt bila sudah dapat senarainya.... sedarkah kita atau kita pura2 tidak sedar??
4.  Penguasaan Kewangan – Ekonomi dunia sgt bergantung kepada ekonomi A.S dan eropaH...sedarkah kita bahawa sistem perbankank di eropaH dan A.S adalah milik yahudi..Yahudi sebenarnya yang menguasai ekonomi dunia...sistem kad kredit merupakan sistem yang diperkenalkan oleh yahudi,ia bertujuan untuk menstrukturkan semua sistem ini di bawah satu pemerintahan...suatu haru nanti pasti semua negara dunia akan bergantung pada sistem ini dan tunduk pada yahudi....perasan tak pada not 1 dollar A.S terpadat gambar piramid dan mata satu??sedarkah kita atau kita pura2 tidak sedar??
Apa yang dapat sya rumuskan di sini adakah kita sedar kita berada dalam pengaruh hidup yahudi??bergantung hampir semua perkara kepada mereka dan lumpuh jika mereka menguasai kita??benar dalam al Quran mengatakan manusia akan tunduk pada Dajjal kerana ia menguasai segala di dunia...adkah benar bahawa yahudi itu dajjal atau hanya kebetulan??kita sebagai manusia yang lemah iman ini seharusnya berdoa dan memohon pertolongan dari Allah dan ingat la bahawa agama Allah ini adalah agama yang satu2nya dan Allah itu adalah Tuhan yang esa..percayalah suatu hari nnt bahawa akan datang penyelamat umat muhammad ini...berdoalah,berimanlah dan bertawakal lah mudah2han kita sentiasa berada di pihak yang benar...kiamat sudah hampir tiba dan hanya menunggu tiupan sangkakala di bibir malaikat....peperangan sudah hampir tiba....bersama kita bersedia menghadapi kemungkinan utk INTIFADA...INSYAALLAH..............




Sabtu, 6 Ogos 2011

The Arrivals Part 24 (Kebebasan Dicabut) - Malay Sub

http://www.youtube.com/watch?v=xLx7FhojLOU


yg nie maafkan saye sbb x boleh nak bukak kat cini lau nak tengok tekan atas

The Arrivals Part 23 (Materialism & The Battle Within) - Malay Sub


The Arrivals Part 23 (Materialism & The Battle Within) - Malay Sub

The Arrivals Part 22 (Budaya Kesyaitanan Kita) - Malay Sub